Bumi berpaksikan litar-litarnya,bintang bersaksikan cahaya malam bersamaan bulan,matahari dicipta untuk menyinari kehidupan setengah hari dalam setiap kehidupan insan yang ada di muka bumi. Muka bumi yang kaya dengan khazanah,keunikan, serta daya tarikan yang menarik meski penuh dengan pelbagai kata tanya diikuti misteri yang membelenggu diri. Pernahkah kita menyedari bahawa tanpa alam yang digelar “Fauna” dan “Flora”, bumi kita tidak secantik mulut yang menyebut?
Keunikan yang kita ada tidak ada pada mana-mana tempat atau planet, kita sepatutnya menyedari sesuatu yang amat unik ini kerana setiap kecantikan ada maksud di sebaliknya. Begitu jua dengan rahsia seseorang, seseorang berahsia pasti ada sesuatu berlaku di belakang tanpa diketahui oleh sesiapa. Kehidupan di bumi cukup indah sebenarnya kerana adanya alam “Flora” dan “Fauna”. Tapi adakah dengan cara pembalakan,pembakaran terbuka ataupun yang lebih parah penggondolan hutan dapat menyelamatkan atau menyedarkan satu dunia yang dipenuhi dengan rakyat jelata? Fikiran yang waras serta pemikiran yang positif amat perlu untuk mendewasakan anak-anak kita supaya lebih menghargai alam yang serba luas dengan pelbagai keunikan khazanah supaya apa yang dilihat kita pada hari ini akan pasti dapat dilihat oleh generasi yang datang.
Alam hijau yang indah mungkin bisa kita lihat sekali seumur hidup jikalau tiada yang membuat penawarnya. Aktiviti-aktiviti manusia semakin berleluasa dan kemudiannya bermaharajalela untuk memusnahkan alam ini.Jadi mulai sekarang, ayuh! Kita lindungi serta pulihara alam yang indah bak syurga ini untuk generasi kita pada masa akan datang.
0 comments:
Post a Comment